Amalan-amalan PENDINDING SIHIR berasaskan ajaran Islam



Ketahanan roh dah jasad perlu dalam usaha mengelakkan diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Selain daripada memperkuatkan roh dengan menghampirkan diri kepada Allah SWT, langkah berikut perlu dilakukan pada masa yang sama.

1.      Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (Riwayat Al Bukhari)

2.      Berwuduk Sebelum Tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W.

Ertinya : 
“Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya” Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa : “Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” 
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3.      Mengambil Berat tentang Solat Berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah S.A.W. telah bersabda.

Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.” Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4.      Mendirikan Solat Tahajjud untuk Memagarkan Diri dari Sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.

5.      Membaca Doa Perlindungan apabila Masuk Di Dalam Tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.

Doa masuk tandas:
Apabila Rasulullah S.A.W. mahu memasuki tandas, Baginda S.A.W. akan membaca doa perlindungan dengan berkata :

  Ertinya : “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan.” (Riwayat Al Bukhari dan Muslim) Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina


Doa keluar tandas:


Ertinya: "Bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakanku kenikmatan dan mengekalkan dalam diriku kekuatan dan menjauhkan segala penyakit daripada aku." (Riwayat Ibnu sunni dan al-Tabarani)

 6.      Sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri kepadaNya dengan melakukan ibadah yang wajib dan amalan-amalan sunat yang berterusan. Sesungguhnya semakin hampir seseorang itu kepada Allah, maka semakin jauhlah iblis dan syaitan daripadanya.
7.      Zikrullah di waktu pagi dan petang, terutamanya selepas sembahyang subuh dan asar.  
" Perbezaan antara rumah yang dilakukan zikir dalamnya dengan rumah yang tiada zikir adalah seperti hidup dengan mati".Maksud hadis riwayat Muslim. 

 8.      Elakkan daripada menangis bersangatan, menjerit, berbual atau bersolek di bilik air, ataupun menjerit di tempat sunyi.

9.      Sentiasa menutup aurat.

10.  Jangan membunuh binatang yang masuk rumah, termasuk ular, kecuali setelah memberi amaran sebanyak 3 kali.

11.  Jangan memakai tangkal dan azimat.

12.  Elakkan tinggal atau berkunjung di rumah usang, kubur, tempat yang terasing. Elakkan sembahyang di tempat sembelihan binatang, ketika matahari naik atau terbit.

13.  Jangan buang air kecil di batu, beristinjak dengan tulang atau najis.

14.  Jangan buang air kecil atau bermain-main di pancuran kotor atau longkang.

15.  Jangan biarkan anak-anak kecil berada di luar rumah ketika matahari masuk. Syaitan berkeliaran pada masa itu.

16.  Tutup semua makanan, jangan biarkan terdedah. Tutup bekas tempat menyimpan makanan dengan menyebut nama Allah, begitu juga ketika menutup pintu.

17.  Jauhkan maksiat. Semakin jauh maksiat, maka semakin jauhlah seseorang itu daripada syaitan dan semakin hampir kepada Allah SWT.

18.  Jangan berseorangan terutamanya ketika bermusafir.

19.  Serah diri dan tawakkal kepada Allah ketika keluar dari rumah.

20.  Baca satu surah daripada surah Al-Quran sebelum tidur.

21.  Amalkan baccan ayat-ayat ruqyah syari'yah:

Ayat-ayat asas Ruqyah Syari'yah

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
 19 Al-Falaq
20 An-naas
Ayat-ayat Pembakar

1 Ali Imran ayat 181.
2 Al-Anfal ayat 50
3 Al-Hajj ayat 9
4 Al-Hajj ayat 19-22
5 Al-Buruj ayat 22
Ayat-ayat Syifa'

1 Al-Isra' ayat 82
2 Yunus ayat 57
3 At-taubah ayat 14
4 An- Nahl ayat 69
5 As-Syu'ara' ayat 80
6 Fussilat ayat 44.
  


(Sumber: Cahayakecergasan)

loading...
Loading...

0 Response to "Amalan-amalan PENDINDING SIHIR berasaskan ajaran Islam"

Post a Comment

Didakwah