Bahaya! Elak Makan Kepak Ayam Terutama Bagi Wanita

Kongsikan di

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber ohmymedia. Foto dartagnan.com.
Bahaya suka makan kepak ayam! Kisah ini dipetik dari laman sesawang ohmymedia yang menceritakan kenapa kepak ayam tidak elok dimakan khususnya untuk kaum hawa.
Ramai wanita diluar sana tidak tahu menggemari kepak ayam mampu menyebabkan pertumbuhan cyst dalaman. 
Menurut sumber, seorang rakan  baru – baru ini menjalani pembedahan untuk  membuang ketumbuhan (Cyst) dalam Rahim. Cyst yang dikeluarkan dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Apa yang mengejutkan, ketumbuhan cyst berlaku lagi selepas beberapa bulan dia menjalani pembedahan yang pertama. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang tidak dijangka. 
“Adakah anda seorang penggemar kepak ayam?” Dia terkejut kerana tekaan doktor tersebut tepat sekali. Doktor menjelaskan kepadanya ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka demi memenuhi keperluan masyarakat. 
Kebiasaanya ayam akan disuntik dengan steroid di bahagian leher atau kepak kerana bahagian tersebut mengandungi kepekatan tertinggi steroid yang wujud dalam badan. 
Tanpa kita sedar ia meninggalkan kesan yang bahaya terutama dalam kehadiran hormone wanita sekaligus menyebabkan kecenderungan pertumbuhan cyst dalam rahim.  
Sinar FM
loading...

0 Response to "Bahaya! Elak Makan Kepak Ayam Terutama Bagi Wanita"

Post a Comment

Didakwah