Cara Berkesan Atasi Masalah Tumit Kaki Kering, Kasar Dan Pecah

Kongsikan di

Bila tumit kaki terlalu kering, anda mesti rasa tak selesa dan malu, lagi-lagi masa nak menggayakan sandal ataupun kasut tumit tinggi. 
Dah cuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ni tapi hasilnya tetap mengecewakan.
Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia menandakan kulit anda terlalu kering. Bila kurang air, kulit di bahagian tumit dan tapak kaki akan menjadi kering.
Untuk merawat kaki anda, tak perlu membazir wang merawat bahagian bermasalah di spa mahupun berjumpa doktor. Guna je bahan-bahan berikut untuk merawat tumit kaki anda itu:
1. Bawang Merah
Perah jus bawang merah, kemudian sapukan pada tumit kaki anda. Amalkan selalu.
2. Asam Jawa
Lumurkan asam jawa pada tumit kaki anda, kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam bukit.
3. Betik Muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki anda. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Sebaiknya, amalkan 2 kali seminggu
4. Rumput
Gesek tumit kaki kat rumput yang masih berembun di waktu pagi.  Lakukan setiap hari sehingga tumit kaki anda dah tak kering lagi.
Sumber: Wanista
loading...

0 Response to "Cara Berkesan Atasi Masalah Tumit Kaki Kering, Kasar Dan Pecah"

Post a Comment

Didakwah