Syarat halal Jakim, tiada lagi ‘Coney Dog’ dan ‘Root Beer’ di Malaysia

Kongsikan di

PETALING JAYA: Beberapa jenama makanan popular yang menjadi kegemaran sejak berdekad lama di seluruh dunia kini tidak lagi dikenali dengan nama asalnya di Malaysia.

root beer, coney dog, A&W, A&W Halal, Jakim Halal

Ia termasuk menu utama rangkaian makanan segera A&W seperti “Coney Dog” dan “Root Beer”, yang kini dinamakan semula “Chicken Coney” atau “Beef Coney”, dan “Root Beer” yang kini dikenali sebagai “RB”.

“Kita tukar sebab nama itu ada konflik kalau kita nak mohon sijil halal,” kata penolong pengurus jaminan kualiti dan halal A&W, Shahidah Wahid, mengesahkan penukaran nama itu 2 tahun lalu, ketika dihubungi FMT.

Keputusan itu susulan garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menganugerahkan sijil halal kepada mana-mana pengusaha restoran dan makanan, yang antara lain melarang penggunaan istilah yang sinonim dengan bahan tidak halal.


Dokumen bertajuk “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia” yang dikeluarkan 2 tahun lalu itu menyenaraikan perkataan “ham”, “bak kut teh”, “bacon”, “beer”, “rum”, “hotdog” dan “charsiew”, antara istilah yang menurut Jakim boleh “mengelirukan”.

Ia merupakan antara 9 syarat pensijilan halal terhadap pengilang yang memohon sijil halal daripada Jakim.

Baru-baru ini, rangkaian francais menjual pretzel, Auntie Anne berkata Jakim belum dapat memberikan sijil halal kepada syarikat itu dan antara alasannya ialah salah satu produk dinamakan “pretzel dog”.

Seorang eksekutif Auntie Anne yang bertanggungjawab terhadap kualiti dan jaminan halal, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali menerusi Facebooknya berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan nama baharu kepada Jakim.

Tinjauan FMT juga mendapati minuman tin popular seperti Ginger Beer dan Root Beer juga dijenamakan semula menjadi Sarsparilla dan Ginger Ale, dipercayai dikaitkan dengan syarat Jakim.
loading...

1 Response to "Syarat halal Jakim, tiada lagi ‘Coney Dog’ dan ‘Root Beer’ di Malaysia"

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di FANSPOKER

    ReplyDelete

Didakwah