Udang, Sotong dan Ketam adalah HARAM untuk di MAKAN menurut MAZHAB HANAFI

Kongsikan di


Abu Hurairah r.a. berkata “Seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah, katanya: Ya Rasulullah, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa air sedikit. Jika kami pakai air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami akan kehausan, maka bolehkah. kami berwudhuk dengan air laut? Berkatalah Rasulullah saw.:Laut itu airnya suci lagi menyucikan(2), dan bangkainya halal dimakan.(Muttafaq’ Alaih, diriwayatkan oleh Yang Berlima)
Air laut hukumnya suci dan boleh digunakan untuk berwuduk kerana ia adalah air yang mengalir. Jika terdapat najis sekalipun di dalamya ia tidak berada setempat dan akan dibawa arus.


Hadith Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690)

Mazhab Syafie menghalalkan haiwan laut selain ikan seperti sotong, ketam dan udang. Cuma ketam nipah diharamkan keran ia juga hidup di daratan. Dalam mazhab Hanafi, mereka mengharamkan makan sotong kerana ia umpama tikus (tikus laut), jika tikus tidak boleh di makan di darat, maka ia juga tidak boleh di makan di laut. Sepanjang hayatnya Baginda cuma makan ikan sahaja. Rasulullah SAW tidak makan makanan laut yang lain seperti sotong atau ketam

(Sumber: Nasbunnuraini)
loading...

0 Response to "Udang, Sotong dan Ketam adalah HARAM untuk di MAKAN menurut MAZHAB HANAFI"

Post a Comment

Didakwah