9 HIKMAH ISTERI TAAT KEPADA SUAMI YANG KITA TIDAK TAHU!

Kongsikan di


1. Dapat masuk syurga melalui mana-mana pintu yang di sukainya.

Wahai isteri, إِنْ شَاءَ اللّهُ suamimu adalah lelaki yang kamu senangi, jika kamu ingin hidup bahagia di dunia dan akhirat. Ketahuilah suamimu adalah PEMIMPINMU (baca Surah an- Nisa' ayat 34) TAATI ia selama tidak memerintah yang haram, sampaikan uzurmu bila kamu tidak mampu, jika kamu bersabar mentaati perintahnya, اَللّهُ Azza wa jalla akan membalasnya dengan syurga.

Bukankah Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dari Abdur Rahman bin Auf رضي اللّه عنه : Apabila wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, dan TAAT KEPADA SUAMInya, dikatakan kepadanya, silakan kamu masuk syurga melalui pintu yang kamu sukai." (Hadis Riwayat Abu Nuem fil Huliyah. al Misyakat 2/239 no. 3254)

2. Mengutamakan Taat kepada suami melebihi orang tuanya.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi bersumber dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه Imam Tirmidzi meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda : "Seandainya aku menyuruh orang agar sujud kepada orang, tentu aku menyuruh isteri agar sujud kepada suaminya."
(Hadis Riwayat.Tirmidzi 5/1 )

Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata : " Apabila wanita sudah berkahwin, maka suaminya lebih berhak daripada ayahnya, ISTRI LEBIH WAJIB MENTAATI SUAMI DARI PADA AYAHNYA." (Hadis Riwayat Bukhari Bab: Shoumil Mar'ah. Taudhihul Ahkam 3/199)

3. Tidak boleh melakukan ibadah sunat tanpa seizin suami

Imam Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda maksudnya : "Tidak boleh berpuasa (sunat) sedangkan suaminya di rumah kecuali dengan izinnya."
(Hadis Riwayat Bukhari Bab : Shoumul Mar'ah. Taudhihul Ahkam 3/199)

4. Tidak boleh menolak panggilang suami selama tidak ada uzur syar'i

Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bersumber dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda : "Apabila seorang isteri bermalam meninggalkan atau menjauhi tempat tidur suaminya maka malaikat akan melaknatinya sampai pagi." (Hadis Riwayat Muslim no. 2594)

5. Isteri hendaknya tinggal di rumah.

Ibnu Rajjab rahimahullah berkata : "Ulama' ahli sunnah bersepakat bahawa wanita tidak boleh keluar pergi ke masjid bila suami tidak mengizinkannya. "

(Fathul Bari' li Ibni Rajjab 6/140 dan ini adalah pendapat Imam Syafi'i Ibnul Mubarok, Imam Ahmad dan lainnya)

Ibnu Abdullah Abu Zaid rahimahullah berkata : menurut asal, wanita tempat tinggalnya di rumah, kerana اَللّهُ Azza wa jalla menyifati mereka tinggal di rumah.

Sebagaimana firman اَللّهُ dalam surat Al Ahzab ayat 33 yang maksudnya : "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliyah dahulu..."

6. Isteri hendaknya pandai menghibur suaminya

Imam Nasai rahimahullah meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه dia berkata : Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Pernah ditanya : "Wahai Rasulullah, siapakah wanita yang paling baik, lalu baginda menjawab : "Wanita yg menyenangkan suaminya bila melihatnya, mentaati perintah suaminya, dan tidak menyelisihinya pada jiwa dan harta dengan sesuatu yang dibenci."
(Hadis Riwayat Nasai 6/28n ,lihat silsilah shohih no. 1838 4/337)

7. Bersabar ketika suami mengalami kesulitan ekonomi

Jadilah isteri yang qanaah, maka syurga balasannya. اَللّهُ Azza wa jalla berfirman yang maksudnya : "Dan jika kamu sekalian (isteri) menghendaki (keredhaan) اَللّهُ dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya اَللّهُ menyediakan bagi siapa yg berbuat baik diantaramu pahala yg besar."
(Surat Al Ahzab ayat 29)

8. Bersabar ketika mendapati amarah dari suami

Introspeksi terhadap diri sendiri, kerana boleh jadi kemarahan itu bersumber dari kita yang salah, entah kerana tutur kata yang buruk, kurang sopan atau tidak mengurusi anak dengaan baik sehingga mendatangkan kemarahan suami maka jauhkan diri dari kurang adab.
Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tatkala ditanya oleh wanita; mengapa wanita banyak masuk neraka? Baginda menjawab : "Kerana kamu mengingkari kebaikan suami, dan kamu sering mencaci suami." (Hadis Riwayat. Shahih Ibnu Hibban 8/111)

9. Jadilah wanita dermawan

Hilangkanlah sifat bakhil dan kikir, tamak dan rakus akan dunia, sehingga dirimu menjadi ahli syurga.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bersumber dari Aisyah رضي اللّه عنها Rasulullah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda : "Jika seorang wanita (isteri) berinfaq dari makanan rumahnya dan bukan bermaksud menimbulkan kerosakan maka baginya pahala dan bagi suaminya (pahala) dari yang diusahakannya dan juga bagi seorang penjaga harta/ bendahara akan mendapatkan pahala seperti itu."(Hadis Riwayat Bukhari no. 1350)

Duhai muslimah!! Jika ini semua kamu kerjakan dengan baik, kami yakin kebahagiaanmu bukan hanya di dunia, kamu menjadi wanita mulia, keturunanmu pun إِنْ شَاءَ اللّهُ menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, tempat kembalimu adalah SYURGA ♥
loading...

1 Response to "9 HIKMAH ISTERI TAAT KEPADA SUAMI YANG KITA TIDAK TAHU!"

  1. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
    add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya

    ReplyDelete

Didakwah