BAHAGIA KE HUJUNG USIA: Kita Boleh Mengecapinya

Kongsikan di


“Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih, sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani”
“Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang”
Terdengar di corong radio lagu Keluarga Bahagia, nyanyian kumpulan nasyid Saujana. Ia berkisar mengenai luahan anak kecil yang mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain. Ya, mungkin dirinya kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarga sendiri.
Anak-anak akan bahagia, jika ibu bapanya bahagia. Namun, jika anak-anak melihat ibu bapa mereka sendiri dalam keadaan kucar-kacir, bagaimana penerimaan anak-anak itu sendiri? Jelas, di sini ibu bapa yang memainkan peranan penting.
Justeru, kekalkanlah rasa bahagia antara suami isteri agar anak-anak juga turut sama merasakan manisnya perasaan berada dalam keluarga bahagia itu. Bagaimana hendak dikekalkan rasa bahagia suami isteri walau sudah bertahun berkahwin? Boleh checklist tips di bawah;

1- Layani Pasangan Seperti Awal-awal Perkahwinan Dahulu

“Eh eh sweetnya pak cik mak cik tu. Dah tua-tua pun romantik lagi. Jalan siap pegang tangan lagi kan, bang.” Kata Sarah pada suaminya yang juga senyum memerhatikannya.
Cuba hadirkan rasa cinta dan sayang sepertimana setelah kamu berdua diijab kabulkan. Hadirkan rasa itu apabila terdetik dalam hati rasa bosan dengan pasangan. Pasangan yang kita nikahi itu adalah amanah dari Allah SWT juga amanah dari keluarganya.

2- Luahkan Isi Hati Melalui Coretan

Dalam hubungan suami isteri, adakalanya ada perkara yang sukar hendak dilontarkan melalui kata-kata, kerana bimbang akan mengganggu gugat hubungan dengan pasangan.
Oleh itu, tulisan di kertas mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Letakkan kertas itu di tempat milik pasangan seperti dompet, meja solek, buku atau beg yang memudahkannya untuk melihat.
“Erk, tulis atas kertas? Ini dah lapuklah. Orang sekarang pakai teknologi aje.”Mungkin, ada yang beranggapan begitu. Namun, cara ini kelihatan lebih tulus, unik dan agak sweet bagi menyampaikan hasrat hati yang terpendam.
Bahkan, mencontohi orang-orang dahulu ketika di awal perkenalan. Mana tahu, hati yang keras boleh lentur dek kerana tulisanmu yang cantik itu?

3- Sentiasa Berhubung Ketika Berjauhan

Luangkanlah sedikit masa kamu untuk berhubung dengan pasangan apabila berjauhan. Sms, whatsapp, call, voicemail atau apa jua cara yang boleh menghubungkan kalian berdua.
Jangan biarkan dirinya seolah-olah sendirian dan tidak berteman. Walaupun jauh, tetaplah ingat dirinya supaya masing-masing berasa tenang akan keadaan pasangannya.
Ataupun, boleh saja tangkap gambar dan hantarkan pada pasangan masing-masing. Siapa tahu, gambar manismu itu akan mengubah hari dan kualiti kerjanya.

4- Kenali Minat Pasangan

Lelaki dan perempuan punyai minat yang berbeza. Namun tak kurangnya, ada juga pasangan yang berkongsi minat yang sama. Itu bonus untuk kedua pasangan tersebut. Kenali minat pasangan bukan bermakna kita perlu paksa diri untuk suka apa yang diminatinya.
Walaupun kita tidak meminati minat atau hobi pasangan, cukup sekadar menghadirkan diri dengan aktiviti yang digemarinya.
Contohnya, si suami minat dengan aktiviti bola sepak, sedangkan isterinya tidak gemar aktiviti tersebut. Baginya ia hanyalah membuang masa.
Apalah salahnya, si isteri sesekali mengalah dan duduk di sampingnya yang sedang menonton rancangan bola sepak kegemaran suaminya. Sambil-sambil itu, boleh hidangkan air kegemarannya. Ini akan membuatkan pasangan lebih menghormati, menghargai dan menyayangi kita.

5- Solat Berjemaah

Tips yang ini memang perlu diterapkan dalam setiap rumahtangga. Solat sama-sama, si isteri di belakang mengaminkan doa si suami, belajar al-Quran pun bersama-sama.
Bahkan, pada waktu inilah masa yang terbaik buat kedua pasangan untuk bermuhasabah diri masing-masing. Renggang waktu selepas solat itu boleh dimanfaatkan untuk saling menasihati antara satu sama lain. Ini jika masih hidup berdua.
Namun, jika sudah punyai anak-anak, sebaiknya waktu ini dijadikan peluang untuk mendidik mereka. Jika perlu untuk menasihati si isteri, carilah waktu dan tempat yang tidak terlihat untuk anak-anak. Contohnya di bilik tidur, supaya segala hal yang dibincangkan tidak disalah tafsir oleh anak-anak.
Semoga perkongsian ini menambahkan lagi bibit-bibit cinta dalam rumahtangga sehingga beroleh rasa mawaddah dan rahmah. Amiin.
“Usah menunggu bahagia, baru hendak bersyukur. Tetapi, sentiasalah bersyukur supaya dapat rasai nikmatnya bahagia secara berterusan.”

Sumber: Tazkirahnet
loading...

1 Response to "BAHAGIA KE HUJUNG USIA: Kita Boleh Mengecapinya"

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di FANSPOKER

    ReplyDelete

Didakwah