BERJUDI DI WECHAT!! AWASI MEDIA SOSIAL ANAK ANAK ANDA

Kongsikan di

Sewaktu saya diberitahu berita ini, saya berfikir banyak kali untuk menuliskan secara terperinci. Pelbagai risau telah timbul bermain di kepala. Soal keselamatan, soal privasi transaksi, dan rahsia informer, banyak yang perlu saya fikirkan.
Namun saya fikir, umat Islam kita perlu dikejutkan. Jika tidak sekarang, bila lagi, itu fikiran saya.

3 bulan, sejengkal jari

Saya namakan beliau, Pakdan, nama samaran demi melindungi keselamatan beliau. Beliau bertugas sebagai pemudahcara di sebuah firma jual beli aset (dirahsiakan apakah jenis aset itu).
Pada hari itu, beliau ditugaskan membantu urusniaga satu syarikat, mudah saya namakan Syarikat Tiaw, yang berminat membeli sebuah aset.
Bermula saatnya Pakdan meminta wakil Syarikat Tiaw kemukakan salinan penyata bulanan bank untuk disemak, Pakdan begitu terkejut sekali.
Macam mana tak terkejut. Salinan penyata bulanan yang berderap di atas mejanya adalah setinggi sejengkal jari. Itu baru transaksi 3 bulan. Wah, syarikat ini pasti amat sibuk bisnes mereka setiap hari, fikir Pakdan.
Kemudian, sehelai demi sehelai Pakdan perhati di setiap baris transaksi. Ada RM10, ada yang RM18, itu saja ‘range’ setiap transaksi duit masuk setiap hati.

Makin tidak selesa

Akhirnya, Pakdan semakin tak selesa. Tersepit dalam dilema, antara profesionalisma, dan humanisma. Bijaknya Pakdan, dia pandai berlakon seolah-olah tiada sangsi yang timbul.
Maka, sempatlah beliau bertanya, “Wah, bagus bisnes ni. Berniaga apa ni.”
Dengan selamba, wakil syarikat Tiaw menjawab, “Kami bisnes Customer Service, dan Marketing. Selalu buat cabutan bertuah, dan pertandingan.”
Sepanjang berdekad dalam kerjaya, tidak pernah diri Pakdan diuji dengan rasa sangsi sehebat begini.
Dari sedikit ‘klu’ yang diberitahu tadi, maka tergeraklah Pakdan meninjau satu per satu penama yang memasukkan wang RM10-RM18 ke akaun syarikat Tiaw.
Setelah disiasat begitu teliti, maka dapatlah Pakdan tahu, bahawa syarikat Tiaw menjalankan bisnes ‘Kasino Halal’ (‘Halal’ kepala bana dia).
Di mana mereka bermaharajalela? Jangan terkejut, skim kasino mereka ni cuma dijalankan melalui platform WeChat semata-mata!

‘Untung tak banyak mana’

Banyak untungnya tu tak adalah banyak mana. Sejengkal penyata bank yang tak sampai 4 bulan, tu pun dah jejak angka RM2 juta sebulan. Dan tu tak kira lagi dia ada 4 akaun bank yang tak dibawa masuk. TU KITA NAK KATA TAK BANYAK?
Itu baru satu syarikat yang kantoi. Ada berapa ratus lagi syarikat ‘kasino halal’ ini muncul di Malaysia? Dah berapa bilion tunai dari orang beriman ‘dialihkan’?
Ha, ni mesti ramai tertanya, macam mana kasino ni boleh bertopengkan ‘halal’, kan?
Setelah diketahui core business Syarikat Tiaw, Pakdan telah giatkan lagi selidiknya mengenai kegiatan mereka. Dan saya sendiri pun telah sahihkan penyiasatan saya di WECHAT, (cuma saya kecualikan beberapa screenshot, supaya kontroversi ini tidak bertukar menjadi promosi).

Modus operandi

Akhirnya, kami berjaya simpulkan modus operandi kempen kasino ini yang berketrampilan ‘halal’ dengan menggunakan beberapa cara:
1. Menggunakan Bahasa Melayu dalam kesemua bahan promosi di WeChat.
2. Menggunakan gambar model gadis Melayu polos suci. Ada yang bertudung. Ada yang tidak.
3. Mengulang-ulang perkataan berbau Islamik seperti InsyaAllah, Alhamdulillah, MasyaAllah, Jangan Lepaskan Rezeki Ini.
4. “Sertai cabutan bertuah ini dengan menyumbang pada umat sekurang-kurangnya RM (amaun yang kecil).” Nampak permainannya?
5. Siap ada jackpot RM1000, dengan menggunakan istilah ‘Durian Runtuh’, ‘Rezeki Terpijak’, dan ‘Hibah Bertuah’.
Dan lebih menakutkan, saya ulangi, MENAKUTKAN sekali… (saya simpan kejutan terakhir di sini) didapati, hampir 90% dari penama bank yang sertai Skim ‘Kasino Halal’ ini adalah perempuan, dan beragama Islam (merujuk kepada penama bank yang tertera dalam transaction history).
Perempuan, kebanyakannya suri rumah, remaja (pelajar) atau mahasiswi.
6. Jadi, anda nampakkan, apalah sangat nilai RM10 di mata golongan di atas, jikalau sangka mereka tak salah mencuba demi ‘jackpot rezeki terpijak’ RM1000. Berbaloi, bagi mereka.
7. Ini adalah syarikat belum-Islam. Maksudnya, orang di belakangnya mungkin ada yang beragama Islam.
Phew… Mana aku tak menyirap darah aku sepanjang menulis pendedahan berani mati ni. Dah semalaman aku tak dapat tidur, cuma nak fikir patut ke tak aku publish tulisan ini.
Oleh itu, saya, sebagai seorang bapa, juga seorang suami, menyeru anda yang membaca ini, supaya pimpinlah bahtera kita ke jalan yang benar.
Banyak yang boleh kita pelajari daripada isu ini.

Apa kita pelajari

1. Pelajarilah ilmu dan hukum hakam agama.
2. Tinggalkanlah maksiat, dan banyakkan berdoa.
3. Kita sendiri sebagai pencari nafkah, kejarlah hasil kualiti kerja yang berkah, supaya apa yang anak dan isteri kita makan seharian, dengan izin Allah akan ‘celik’ mata hatinya terhadap maksiat yang bersulamkan Sorga.
4. Tengok-tengoklah apa yang dibuat oleh anak dan isteri kita di alam maya. Bermula dari awasi kegiatan kita sendiri di alam maya.
5. Buat pemerintah dan penguasa, lihatlah betapa terdesak dan tersepitnya rakyat marhein, hingga terjerumus ke lembah perjudian, hasil dari ketirisan bilion tunai yang seharusnya untuk mereka. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Kalian pemimpin adalah penguli, dan kami rakyatlah adunannya.
6. Kelak semua apa yang kita perbuatkan, akan dibentangkan di muka pengadilan. Kau salahkan dia, dia salahkan kau, akhirnya Allah seret semua sekali mengikut iman masing-masing.

Kenapa tak report polis

Ada yang bertanya, “Kenapa tak report polis je?” Senangnya soalan dia. Hangtahu tak Akta Kerahsiaan yang dipegang seorang Akauntan?
Di Malaysia, kerana akta manusia, whistleblower akhirnya diheret, namun maksiatnya ditutup. Tapi, kerana akta Yang Maha Kuasa, setiap amanah tidak terkecuali disoal Allah.
Mudah-mudahan, telah selesai amanahku di sini.
Dan apa pula amanahmu?
Sumber: Ali Irfan Jani
loading...

2 Responses to "BERJUDI DI WECHAT!! AWASI MEDIA SOSIAL ANAK ANAK ANDA"

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. INILAH KISAH NYATA SAYA . . . . . . .DENGAN SOLUSI CEPAT KAYA
    BAYAR HUTANG DENGAN CEPAT SUKSES DAN PUNYA USAHA SENDIRI
    MOMENT BERSEJARAH BUAT HIDUP SAYA DAN KELUARGA
    Saya membawa kabar baik kepada Anda semua warga negara indonesia saya di panggung ini, Tuhan telah benar-benar setia kepada saya dan seluruh rumah saya sejak bulan Mei 2017, kesaksian dan kabar baik saya berjalan seperti ini,
    Nama saya Y Sigit Wijatmaka, islam dalam agama dan saya berasal dari kota Serang indonesia, dengan alamat saya di bawah ini:
    Jl. Azalea 6 No. 65 Taman Lembah Hijau Lippo Cikarang, RT 005 / RW 007 Serang, saya seorang pemasar dan juga seorang penasihat bisnis di perusahaan tempat saya bekerja, saya ingin menggunakan platform ini untuk menginformasikan semua hal di platform ini yang yang membutuhkan dan mencari dana dengan cepat yang tulus.
    Saya dan istri saya dapat Anda lihat di foto profil saya berada dalam hutang yang sangat besar dan kami memutuskan untuk mencari pinjaman secara cepat dan instan tanpa resiko untuk melunasi hutang dan kami menghubungi KI JAMBRONG untuk mengajukan pinjaman dari PENARIKAN DANA GAIB yang pada bulan MEI 2017 yang lalu,
    INILAH KISAH PAHIT SAYA . . . .ATAU BISA DIBILANG DALAM SEJARAH HIDUP SAYA YANG KELAM
    kami ditipu oleh pemilik PERUSAHAAN dengan meminta kami membayar banyak biaya yang kami bayar dan pada akhirnya kami tidak mendapatkan pinjamannya, kami kehilangan sekitar 55 juta ke perusahaan pinjaman palsu di syngapore karena kami mengajukan pinjaman sebesar 1 miliar dan dengan semua biaya yang kami bayar, kami tidak mendapat pinjaman dan saya dan istri saya sangat frustrasi dan saya dipecat dari pekerjaan saya di perusahaan tempat saya bekerja karena saya juga mengambil pinjaman dari perusahaan tempat saya bekerja dan kami bangkrut dan muak dengan kehidupan .

    AWAL TITIK BALIK KEHIDUPAN SAYA. . . .BISA DIBILANG INILAH KISAH HIDUP SUKSES SAYA

    Jadi, Tuhan sangat baik hati, kami berdoa agar Tuhan mengarahkan kami ke seorang yang bisa membantu keadaan dan ke uangan kami,pada hari yang bersejarah dalam hidup saya tepatnya pada hari sabtu tanggal 20 Mei 2017, saya sedang browsing internet ketika saya bisa menemukan kesaksian seorang wanita indonesia dengan nama Novi Setyaningsih dengan alamat facebook/email setyaningsihnovi@yahoo.com
    yang berasal dari kota megalang, bagaimana Tuhan mengubah kehidupan finansialnya melalui KI JAMBRONG dengan pinjaman DANA GAIB dia meminta saya untuk menghubungi KI JAMBRONG dan dia mengenalkan saya kepada KI JAMBRONG dan dia memberi saya keberanian UNTUK mengajukan pinjaman dari KI JAMBRONG dan saya pun menghubungi beliau dengan NOMOR 0853-1712-1219
    dan SAYA mendapat pinjaman dari KI JAMBRONG sebesar 5 MILYAR yang merupakan pemilik PADEPOKAN . PENARIKAN DANA GAIB yang kemudian mengubah hidup saya sebelumnya yang di hina dan tidak dihargai oleh orang ,sekarang saya sudah berkecukupan dan mapan sebagai 1 keluarga punya usaha sendiri dan MOBIL PRIBADI kemudian untuk informasi lebih lanjut tentang KI JAMBRONG bisa MENGHUBUNGI = 0853-1712-1219 BELIAU benar-benar membantu kehidupan saya pinjaman dari DANA GAIB benar-benar mengubah hidup saya TERIMA KASIH KI JAMBRONG SEMOGA SEHAT SELALU
    akhirnya 5 Milyar yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kini saya kembali sukses terimaksih KI JAMBRONG saya tidak akan melupakan jasa AKI. JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH, SAYA SUDAH BUKTIKAN SILAHKAN HUB AKI JAMBRONG DI 0853-1712-1219.)

    ANDA JUGA BISA BERKONSULTASI MASALAH LAIN SEPERTI : TOGEL,PELARIS,SANTET,TUYUL,PERCINTAAN/ASMARA ATAU MASALAH GAIB LAINNYA.
    INI TIDAK AKAN BERHASIL TANPA ADA KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN DALAM DIRI ANDA SENDIRI

    Catatan: satu kata sudah cukup untuk orang bijak dan terima kasih banyak atas bacaan kesaksian dan kabar baik saya
    Tuhan memberkati kalian semua!

    ReplyDelete

Didakwah