Hati- Hati!! HARAM Memakan Keli ternakan yang diberi makan SISA KHINZIR

Kongsikan di





Soalan:
Assalamualikum Ustaz, apa hukum makan haiwan ternakan yang diberi makan dengan makanan yang tidak halal? Sebagai contoh; Baru-baru ini menjadi isu dimana pembekal ikan keli pasaran membekalkan ikan keli yang diberi makan dengan daging khinzir supaya keli cepat membesar??


Jawapan:

Walaikumsalam,

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseskyen 48(6) Enakmen itu.

Ikan ternakan yang dipelihara dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan daripada najis seperti babi dan bangkai sebagai sumber makanan utama adalah haram dimakan.

Penternak dilarang memberi ikan ternakan dengan makanan utama daripada najis sebagai langkah di samping menjaga sensitiviti umat Islam.

(Sumber: MuftiSelangor)
loading...

0 Response to "Hati- Hati!! HARAM Memakan Keli ternakan yang diberi makan SISA KHINZIR"

Post a Comment

Didakwah