SUBHANALLAH.. DUIT: SYIRIK TERBESAR ZAMAN INI

Kongsikan di


Sebagai insan biasa kita semua memang tak lari dari masalah. Masing-masing hadapi masalah yang berbeza dalam kehidupan mereka. Ada yang ada masalah keluarga, pekerjaan, hubungan, dan sebagainya.
Semasa singgah di sebuah masjid, lelaki ini disapa oleh seorang jutawan yang sudah berumur. Perbualan mereka pada awalnya bermula dengan beberapa pertanyaan namun nasihat yang diberikan selepas itu cukup mendalam.

“Setiap orang ada masalah…”

Jumaat baru ni sewaktu pulang ke kg bg menguruskan beberapa hal, sy singgah d salah sebuah masjid di Lenggong. Dgn izin Allah, sy bertemu dgn seorang pakcik yg sy kira bertaraf jutawan. Bkn jutawan segera, tp jutawan besar yg sgt terkenal.
Orgnya zuhud, tidaklah nampak kekayaanya, berkain pelikat dan bermotosikal berkuasa sgt rendah. Berumur sekitar 70an barangkali seusia dgn honda cup 70 beliau. Sy melihat ramai org kg berebut2 bersalaman dgnnya. Walaupun x kenal, sy juga mencuri peluang utk bersalaman dgnnya. X tau kenapa ht sy tertarik2 utk berbual dgn beliau.
Lepas solat sunat, sy berehat di beranda surau menikmati keindahan banjaran gunung tersergam gah yg terhampar di depan pintu masjid. Liat betul nk berganjak dr sini.
Sy kemudiannya terkejut, pakcik td juga merehatkan badan sebelah dgn sy.
Beliau bertanya, “datang dr mana?”
Sy jawab, “dr putrajaya, pakcik. Singgah rumah homestay sy jap. Settle masalah ckit”.
Beliau berkata, “setiap org ada masalah walaupun dia tu jutawan, ulamak hatta pakar motivasi sekalipun. Kembalilah kpd Pencipta masalah. Makhluk bernama ringgit, org berpangkat VVIP, atau apa2 shj hatta malaikat sekalipun x dapat selesaikan masalah kita kecuali Allahlah yg selesaikannya.”
Jawab sy, “soheh pakcik. Perkataan pakcik ni lebih bernilai dr pengumuman keputusan pilihanraya umum ke 14 nnt. Seluruh penduduk langit menanti2 perkataan2 seperti ini yg kian pupus dlm pertuturan manusia hr ini”.

Kerana duit

Tergelak pakcik td. Katanya sy pandai membodek. Sy meminta sebanyak mungkin nasihat utk bekalan sy pulang ke putrajaya.
Antara nasihat yg sy ingat dgn baik ialah, dalam rezeki kita ada rezeki org lain. Dalam rezeki org lain ada rezeki kita. Justeru janganlah berkira2 dlm bersedekah. Usahakanlah utk buang makhluk duit dr hati. Usahakan sehingga hati merasa gelisah sekiranya duit ada di sisi seperti gelisahnya Nabi saw tidak pulang ke rumah kerana ada dirham dan dinar yg dihadiahkan di rumah banginda.
Kerana apa, kerana syirik khafi yg paling besar dlm umat hari ini ialah duit. Berapa ramai yg gembira bila ada duit dan berapa ramai yg akan gundah gulana bila xda duit. Berapa ramai yg sanggup berpisah dgn family kerana duit, berapa ramai yg sanggup berkorban kerana duit dan berapa ramai yg sanggup melanggar perintah Allah kerana duit.

“Bilamana kamu menceraikan duit dari hati kamu”

Pakcik ini bercerita lg, bila ada seseorang yg sgt terdesak mahu pinjam duit, berikanlah walaupun kamu pn terdesak memerlukan duit. Usahakanlah seperti Nabi saw. Walaupun baginda tiada duit di saat org lain meminta kpd Nabi saw, Nabi sanggup meminjam dgn org lain demi utk memberi kpd yg meminta td.
Pakcik itu bertanya, “kamu pernah meminjam kpd org lain utk diberikan kpd org yg meminta pinjaman dr kamu? Jika belum, usahakanlah ke tahap itu. Barulah Allah membuka pintu ketenangan tanpa duit. Masa itu kamu akan lihat semua masalah jd kecil. Kamu akan lihat bantuan Allah dtg berbondong2. Hal ini bilamana kamu menceraikan duit dr hati kamu.
Sy kata, pakcik sudah sampai pd tahap jutawan yg sebenar. Doakan sy yg lemah dan penuh cinta dunia ni.
Sedikit yg sy dapat kongsikan buat pengajaran diri sy sendiri dan para pembaca.
Sumber : Mohamad Fadzil
loading...

0 Response to "SUBHANALLAH.. DUIT: SYIRIK TERBESAR ZAMAN INI"

Post a Comment

Didakwah