Bahaya Amalan Makan Fast Food

Kongsikan di

 
 
MELBOURNE - Fast Food atau makanan segera ternyata juga berbahaya bagi penghidap penyakit asma dan eksim atau Jangkitan kulit, berdasarkan kajian antarabangsa terbaru yang dilaporkan oleh News Australia pada Selasa 15/1/2013 lalu.

Sebuah kajian antarabangsa yang melibatkan setengah juta kanak-kanak dan remaja yang mencari tiga bahagian atau lebih memakan makanan Fast Food dalam seminggu berkaitan dengan risiko asma yang teruk, Jangkitan kulit dan rinitis, sebuah keadaan yang ditandakan dengan hidung meleleh dan mata berair.

Kajian ini, yang diterbitkan minggu ini dalam jurnal pernafasan Thorax, termasuk 39 peratus dan 27 peratus peningkatan risiko keparahan asma dialami oleh remaja dan anak-anak masing-masing, yang mengambil tiga bahagian atau lebih Fast Food dalam seminggu.

Mentega, marjerin dan pasta juga berkaitan dengan asma berat pada para remaja.

Tetapi sebaliknya, buah mempunyai kesan perlindungan terhadap keadaan alergi. Memakan tiga atau lebih boleh dikaitkan dengan penurunan keparahan antara 11 peratus dan 14 peratus di antara remaja dan anak-anak masing-masing.
Kajian ini adalah sebahagian daripada Kajian Antarabangsa berkaitan Asma dan Alergi pada masa kanak-kanak, sebuah projek penyelidikan besar merangkumi lebih dari 100 negara dan hampir dua juga kanak-kanak di seluruh dunia.

Penulis laporan kajian ini, termasuk Profesor Colin Robertson dari Murdoch Children 's Research Institute di Melbourne, Australia, mengatakan bahawa ada alasan yang masuk akal bahawa Fast Food boleh meningkatkan keparahan penyakit-penyakit tersebut.

Fast Food telah diketahui sering mengandungi asid lemak tepu yang tinggi yang boleh memberi kesan buruk pada kekebalan tubuh.

Sementara buah-buahan kaya akan antioksidan dan sebatian bermanfaat yang lain.

Penyelidik menimpulkan bahawa dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara rutin dapat melindungi dari penyakit asma, alahan dan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain.

Ketua Persatuan Dewan Asma Nasional Australia Profesor Noela Whutby menyokong kajian lebih jauh ke dalam hubungan kausal antara makanan Fast Food dan asma, kerana faktor demografi dan persekitaran yang lain juga boleh memainkan peranan.
 
Sumber: Halimislam
loading...

0 Response to "Bahaya Amalan Makan Fast Food"

Post a Comment

Didakwah