JIN DAPAT MENGUBAH DAN MENYERUPAKAN DIRI DENGAN SESUATU

Kongsikan di


Ada suatu hadis yang sampai pada kita, dimana Rasulullah saw menyuruh Abu Hurairah r.a menjaga harta zakat.
.
Diringkaskan cerita, 3 malam berturut-turut Abu Hurairah didatangi manusia yang mencuri makanan lalu dilepaskan oleh Abu Hurairah disebabkan berasa kasihah dengan rayuan dan pujukan pencuri tersebut.
.
Hinggalah pada malam ketiga (berturut2) seperti mana yang Rasulullah saw katakan, pencuri ini akan berulang kali lagi datang dan menipu kamu wahai (Abu Hurairah), Abu Hurairah nekad untuk hantar pencuri ini kepada Rasulullah.
.
Tapi dipujuknya lagi dan diajarnya Abu Hurairah dengan doa (ayat qursi), yang mana katanya jika kamu membacanya sebelum tidur(berbaring), maka اللّهُ akan menjaga kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kami hingga pada pagi harinya.
.
Lalu Nabi saw bersabda, "Makhluk tersebut telah berkata benar kepadamu sedangkan sebenarnya ia ialah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak cakap sejak 3 hari yang lalu??"
.
Abu Hurairah menjawab, "Tidak".
.
Nabi menjawab, " Ia adalah syaitan (jin kafir).
.
(Hadis Bukhari dengan ta'liq)
.
Ada beberapa perkara yang dapat kita fahami :
1 - Jin dapat menyerupai sesuatu hatta manusia sekalipun kecuali Nabi saw.
.
2 - Jin juga biasa menyerupai haiwan seperti anjing, ular hitam, beruk dan lain-lain.
.
3 - Sifat semulajadi jin kafir adalah suka menipu dan menipu. Maka katanya tidak boleh dipakai terima. Maka jangan obses bila perawat berdialog dengan jin dan jin tersebut kata itu ini.
.
4 - Amalkan membaca ayat qursi sebelum tidur sebagai suatu ikhtiar benteng perlindungan.
Wallahualam.
loading...

2 Responses to "JIN DAPAT MENGUBAH DAN MENYERUPAKAN DIRI DENGAN SESUATU"

Didakwah