TERKINI: DAKWAT SOTONG BUKAN NAJIS DAN TIDAK HARAM UNTUK DIMAKAN!!!

Kongsikan di


Susulan netizen memuat naik paparan skrin keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju mengekalkan keputusan fatwa Allahyarham Syed Yusuf Ali Az-Zawawi (bekas Mufti tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong najis kerana cecair itu kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama.
Ahli Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang juga pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Yasmin Hanani Mohd Safian mengeluarkan kenyataan berhubung dengan status itu.
“Pasi (dakwat) sotong bukan najis atau hasil penyahtinjaaan sebaliknya ia adalah sejenis pigmen gelap yang dilepaskan oleh binatang Cephalopod (sotong) ketika menyelamatkan diri.
“Makanan ini mengikut hukum uruf (menjadi kebiasaan masyarakat setempat) di pelbagai negara sama ada digunakan dalam makanan atau sebagai pewarna mahupun perencah dan ia boleh dimakan.”
Pendapat sama diutarakan Timbalan Ketua Kluster Pertanian dan Makanan Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Ridzwan Abdul Rahman berhubung isu dakwat sotong dianggap najis sehingga tular di media sosial.
Menurut fatwa itu, cecair itu termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera normal tidak memakan cecair (pasi) terbabit.
Menurut Dr Ridzwan, pasi mengandungi elemen kimia untuk melindungi diri haiwan ketika berdepan musuh.
“Cecair hitam dilepaskan sotong sebagai bahan pelindung ketika musuh cuba menyerang untuk menggelapkan kawasan perairan.
“Bagaimanapun, kandungan sebenar dakwat sotong itu saya tidak tahu dan pakar kimia perlu membuat kajian berkaitan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berpendapat dakwat sotong itu tidak haram dimakan jika tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
“Ia tidak haram dan harus dimakan jika tidak mendatangkan kesan bahaya. Namun, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah membincangkan isu dakwat sotong sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan di laman Facebook rasmi menyatakan ulama berbeza pandangan dalam permasalahan ini mengikut mazhab.
Begitupun jelas beliau, mengikut mazhab Syafie, hukum memakan sotong harus dan ia sebahagian daripada haiwan laut diharuskan untuk dimakan.
“Dalam konteks pasi, ia sebahagian daripada anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat.
“Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan pasi sotong bukan sesuatu yang kotor, malah ia menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat,” katanya.
sumber: harianmetro
loading...

0 Response to "TERKINI: DAKWAT SOTONG BUKAN NAJIS DAN TIDAK HARAM UNTUK DIMAKAN!!!"

Post a Comment

Didakwah