9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Kongsikan di


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelumku di Israqkan".


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya. Maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua orang tuanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis laknat. Maka dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kerana Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat, tetapi solatnya yang khusuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahal puasanya yang ikhlas kepada Allah SWT memberi minum sehingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan. Setiap kali datang dia akan diusir. Maka menjelmalah Mandi junub dengan rukunnya yang sempurna sambil duduk disebelahku (Nabi Muhammad SAW).

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap-gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala Haji dan Umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya. Maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepala dari bahaya api neraka.




Sumber : sentiasapanas.com

loading...

0 Response to "9 Mimpi Nabi Muhammad SAW"

Post a Comment

Didakwah