5 Perbezaan Ramadan Kita Vs Ramadan Rasulullah

Kongsikan di

Image result for 5 Perbezaan Ramadan


#1 – Sahur

Ramadan Kita: Sebelum tidur selepas Isyak, terus makan. Jadi, pagi tak perlu bangun sahur. Tambahan pula kita dah makan banyak semasa berbuka puasa.
Hendak bangun pagi pula mata masih mengantuk. Rugi kalau tak teruskan tidur. Kalau tak cukup tidur akan tertidur pula semasa buat kerja di siang hari.
Ramadan Rasulullah: Sahur itu penting. Sebaik-baiknya dilewatkan sekitar 10 sehingga 30 minit sebelum masuk waktu Subuh.
Nota Penting: Apa yang membezakan puasa kita dengan puasa agama lain ialah sahur. Sahur terutamanya jika memilih makanan dan minuman yang sesuai akan membantu mengekalkan kecergasan kita sepanjang hari.

#2 – Semangat Berpuasa Di Siang Hari

Ramadan Kita: Ini adalah bulan prestasi kerja merudum. Tenaga berkurang kerana tidak boleh makan dan minum sepanjang hari.
Masa yang terluang baik digunakan untuk tidur. Tidur semasa berpuasa pun dapat pahala.
Ramadan Rasulullah:Prestasi tidak menurun. Malah, pada masa ini banyak pula kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Bukan itu sahaja.
Rasulullah juga pernah terlibat dengan peperangan semasa sedang berpuasa seperti perang Badar dan Tabuk.
Nota Penting: Banyakkan berzikir, menjaga percakapan, pendengaran, dan perbuatan semasa berpuasa. Buat satu jadual untuk membaca al Quran sehingga khatam sepanjang bulan Ramadan.

#3 – Buka Puasa

Ramadan Kita: Sepanjang hari tidak makan dan tidak minum, jadi ada banyak makanan dan minuman yang diinginkan. Tambahan pula, ada banyak bazar Ramadan dan gerai-gerai di tepi jalan yang menjual juadah yang sedap-sedap.
Kalau boleh, semua jenis makanan hendak dibeli. Tak apa. Esok ada lagi. Alamak, esok sudah ada janji buka puasa di hotel! Maka beli terus banyak untuk sahur sekali. Akhirnya basi dan dibuang sahaja.
Ramadan Rasulullah: Rasulullah tidak melewatkan berbuka puasa tapi Baginda bersederhana semasa berbuka puasa. Baginda makan beberapa biji tamar sahaja sebelum solat.
Nota Penting: Bukan tidak boleh berbuka puasa yang lazat, tapi bersikaplah berpada-pada. Cuba elakkan pembaziran makanan dan minuman kerana membazir itu adalah sikap syaitan.

#4 – Ibadah

Ramadan Kita: Sebulan ini memang banyak tenaga yang habis. Tenaga pada waktu siang digunakan untuk bekerja. Perut berkeroncong, mata pula asyik mahu tertutup. Malam pula kekenyangan selepas makan semeja juadah berbuka puasa.
Bila hendak bangun solat sudah tidak larat. Mujur masih tak tinggal solat Maghrib dan Isyak. Bila berkesempatan, terus ke masjid dan berbuka puasa di sana. Dapatlah bertarawih di masjid dan moreh.
Ramadan Rasulullah: Bulan Ramadan adalah bulan yang sibuk bagi Rasulullah. Sibuk menambah pahala ibadah dan amalan. Peluang bertarawih sebulan dalam setahun tidak disia-siakan.
Masa ini juga Rasulullah tingkatkan berqiyamullail. Rugi jika terlepas malam Lailatul Qadar. Apa yang memberi semangat Rasulullah melalui siang dan malam Ramadan dengan cemerlang ialah imannya.
Nota Penting: Bulan Ramadan merupakan bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia datang hanya sebulan sahaja. Inilah peluang untuk kita melipat gandakan pahala kita dengan segala macam amalan.

#5 – 10 Malam Terakhir

Ramadan Kita: Baju raya belum beli! Inilah masa untuk membeli-belah sebab tidak lama lagi hendak menyambut Aidil Fitri. Rumah juga perlu dihias, langsir dan bunga-bunga perlu dibeli. Jangan lupa kuih raya! Boleh pilih sama ada mahu buat sendiri atau beli.
Kalau beli pada malam-malam terakhir ini, biasanya harganya lebih murah. Tarawih? Hmm…semalam pergi, hari ini tak sempat. Tidak sabar rasanya hendak beraya bila terdengar lagu raya di corong-corong radio dan pusat membeli-belah.
Ramadan Rasulullah: Malam terakhir inilah malam-malam yang penting. Masa ini diperuntukkan hanya untuk Allah s.w.t. Sekiranya sebelum ini Baginda menambah ibadah, 10 malam terakhir ini lebih lagi.
Nota Penting: Kita hampir meninggalkan bulan yang teramat istimewa saat itu. Belum tahu akan bertemunya lagi pada tahun hadapan. Maka, isilah ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Inilah yang membezakan di antara cara kita dan cara Rasulullah melalui bulan mulia, bulan Ramadan.
Sementara kita menjadikan dunia mengisi Ramadan kita, Rasulullah pula mensasarkan Ramadan ini untuk bekalan akhirat yang lebih kekal.
Sumber : tazkirah.net


loading...

0 Response to "5 Perbezaan Ramadan Kita Vs Ramadan Rasulullah"

Post a Comment

Didakwah